Sunday 8 May 2011

Jeffery Nyaloi Meninggal Dunia (BERITA)

source: Sarawak Update, April 29, 2011.

BINTULU – Penyanyi sensai Iban yang popular menerusi lagu Kaul Tua Kelia dan Bala Nuan Nyadi Ke Penanggul, Jeffrey Nyaloi telah meninggal dunia awal pagi tadi di rumah panjang- Rh. Limai, Labang dekat Sebauh akibat strok.

Mayat mendiang, kemudiannya, dibawa ke Hospital Bintulu untuk pemeriksaan bagi mengenal pasti punca sebenar kematiannya.

Jenazah mendiang akan dikebumikan pada 1 Mei ini. Sepanjang bergelar insan seni, mendiang Jeffrey Nyaloi atau lebih mesra dengan sapaan ‘Loi pernah meraih gelaran Anugerah Artis Terbaik dalam pertandingan Lagu Tebilang Iban menerusi lagu ‘Kaul Tua Kelia anjuran Miri FM tidak berapa lama dahulu.

Pemergian mendiang merupakan satu kehilangan besar buat industri lagu Iban tempatan.


No comments:

Post a Comment